A Wallflower

Siapa lagi penting selain Ibu?
Sunday, August 14, 2011 | 6:22 PM | 0 comments

Assalamualaikum wbt (tak jawab dosa, kalau jawab dapat pahala :p)

Alhamdulillah dah masuk hari ke-14 puasa! Puasa penuh tak? Tak penuh tak moleh duit raya :p
So today, nak share story sikit. It's a true story, semoga boleh jadi pedoman buat semua yang degil-degil dengan mak tu, tak degil dah. Insya-Allah.

Dia ni student and result mid-term dia hari tu agak lah teruk which aku tak tahu dia dapat berapa A. So, dia and other students yang dapat rendah kena panggil dengan pengetua sekali dengan parents untuk majlis konsultasi and try to figure out what they can do to help these students to achieve in studies. So, ibu dia ni ibu tunggal. Bapa dia baru je meninggal. So, her mother bawak motosikal from Setiu, Terengganu all the way to Kota Bharu which is about 100+ kilometres lah jugak just untuk hadir Majlis Konsultasi dengan pihak sekolah sebab anak dia tak dapat result bagus.

After Majlis Konsultasi tu, a few days later ada Majlis Berbuka Puasa dengan pelajar asrama. So, mak dia stay rumah saudara sebab taknak ulang-alik jauh kan. Pengetua invited her personally and nak jugak mak dia datang sebab nak bagi sumbangan atas kegigihan mak dia datang all the way from Setiu. So, bila Majlis berbuka puasa tu, mak dia tak datang. Later on, pengetua figured why mak dia tak dapat datang. Rupanya, mak dia keguguran bayi sebab bawak motosikal jauh sangat, alone, all the way from setiu to Kota Bharu just untuk hadir perjumpaan ibu bapa untuk bincang hal anak dia. Masya-Allah. Hebatnya pengorbanan seorang ibu.

Agak sebak aku bila dengar cerita tu. Ya Allah. Macam tu sekali pengorbanan seorang ibu sehingga keguguran bayi dalam kandungan just sebab bawak motosikal nak hadir perjumpaan ibu bapa dengan pengetua. Kalau aku lah jadi budak tu, sampai mati aku takkan dapat maafkan diri sendiri sebab aku tak belajar betul-betul sampai result teruk, mak kena hadir perjumpaan dengan pengetua nak bincang result aku and keguguran. Aku akan rasa, aku yang buat adik aku mati. Ya Allah, semoga jasad bayi tu ditempatkan di Syurga. Amin.

So korang, jangan ingat kita belajar ni, kita dapat result teruk ni, diri kita sahaja yang kena affect. Orang lain especially parents lagi lah. Kadang-kadang sebelum buat sesuatu, kita kena fikir apa kesannya kepada orang lain. Kalau kau tak belajar, tak terkesan kepada orang lain, dan kau sendiri pun tak kisah then its fine tapi masalahnya tak. Alangkah kecewanya seorang ibu kan. Insya-Allah, mungkin ada hikmah di sebalik semua ni. Kalau that girl tetap tak berubah lepas apa yang jadi, aku tak tahu lah. Keras sangat kah hati tu?

Cuba muhasabah diri sebab bila kita muhasabah diri, kita menghindarkan diri kita daripada segala perkara yang keji. Kalau dah rasa nak jugak lawan mak, tak nak jugak belajar (macam aku :p), nak jugak ikut boyfriend, cubalah tenung wajah mak bila dia tengah tidur. Tenung dengan hati yang lapang, fikiran yang kosong tanpa sebarang kekusutan. Insya-Allah akan terdetik di hati tu, sedikit pun tetap akan ada, sayangnya dekat mak, kasihnya dekat mak, ingat segala pengorbanan mak. (I got this tip from my chinese teacher)

Kasih Ibu membawa ke syurga. Bila Ibu redha, insya-Allah, Allah pasti redha. 
Semoga kisah ni beri pengajaran buat kita semua di bulan yang mulia ni. Piss ^^V




Tumblr Formspring Twitter Facebook Blogshop

18, A Wallflower. Wallflower is someone who sees everything, knows everything but does not say a word. A type of loner, seemingly shy and often some of the most genuine and interesting if one actually talks to them. And that's my name.