
|
Tudung dan lovebite
Friday, July 29, 2011 | 6:26 PM | 0 comments
Assalamualaikum wbt. (tak jawab dosa, kalau jawab dapat pahala :p) Agak ah title nak mengancam, nak set injuksi ape ke benda untuk menarik semua makhluk tuhan baca post ni. Ceh ceh agak ah :p So tadi time tengah tengok Princess Hour (cerita lama) search matluthfi dekat youtube. Lama dah tak tengok si Mat tu dekat YouTube. Apa khabar orang Aussie agaknya? cewah, Orang Aussie tew! Ternampak pulak seorang awek ni (rupanya dah lama rakyat Malaysia start Vlogging) Pergh agak ah en. cool pulettew. Tak syioknyew views sikit sangat! So, apakeheinyew title nak menarik perhatian sangat ni? Agak ah ada jugak manusia zaman sekarang pakai tudung tutup lovebites. Ewah, apa ke bodoh kau ni? Agak ah en, kau nak pakai tudung, leklu, sapkoklu aaa. Niat pun dah tak betul, astaghfirullahalazim. Memang ada yang kena gigit sampai ropong leher tu kang. Seperti yang awek dalam video tu cakap, kau tak sedar ke apa yang kau buat ni sudah menjatuhkan maruah mereka-mereka muslimah yang memakai tudung dengan niat kerana Allah swt. Kau dah la buat dosa dengan lovebites haram jadah tu, lagi nak pakai tudung nak tutup. waklu. Tahu pulak malu, takut dengan mak. aku sebat karang. Disebabkan kau, dan mereka-mereka yang konon bertudung, habis tercalar maruah kami-kami yang bertudung dengan muka tak bersalah ni. Agak ah sebab tu ada status kutuk perempuan bertudung. Rupanya disebabkan golongan macam ni lah, kami dipandang rendah. Dipandang rendah macam mana? Alkisahnya ada kawan aku ni, pakai purdah dan jubah memang macam minah Arab Timur Tengah la en, keluar pergi Allamanda, terserempak dengan mereka-mereka yang jahil agama ni kan, slumber badak je cakap "eleh pakai purdah sebab style lettew" ewah sedapnya mulut. Memang sedap mulut kau bercakap tu yang semua jantan dah try comolot dengan kau tu en. Kita jangan pandang hina kepada golongan yang menurut perintah Allah. Jangan nak hina sangat lah kan. Dah tak cukup lagi ke dosa kau pakai baju kain tak cukup tu, nak menghina golongan yang menurut perintah Allah ni? Dah rasa diri kau tu baik sangat? Takpe, janji sembahyang. Aah, semua pun sembahyang, even yang sembahyang penuh khusyuk ni pun masih takut dengan azab Allah, kau buat slumber badak je? Kau ingat kau ni boleh masuk syurga macam tu je, macam dalam kisah nabi yang pelacur dapat masuk syurga hanya kerana ihsan terhadap binatang ataupun wanita yang melakukan zina tetapi insaf dan mengadu kepada Rasulullah tapi tak sempat kerana ajalnya sudah tiba sebaik sahaja dia melahirkan anak? Kita manusia biasa. Memang geram gak ah kan, tak kata semua yang pakai tudung ni confirm punyalah bau syurga, tak kata jugak semua yang tak pakai tudung ni confirm tak cium syurga, neraka jahanam lah jawabnya. Tak jugak kan. Mana tahu, Allah berikan Hidayah, daripada tak pakai tudung kepada pakai dan ada juga Allah tarik Hidayah daripada pakai kepada tak pakai. So sebelum nak mengata agak ah dulu en, seperti entry aku sebelum ni. Aku malas nak ulas panjang lah en. Janganlah disebabkan seorang yang pakai tudung sebab lovebites, habis kau post status mencaci sana sini kata perempuan bertudung itu ini blablabla. Aku memang respect ah minah ni even video dia tak famous macam anwar hadi ke matluthfi ke apa en, but still opinion dia tu sangat berguna *clap clap* Apa lagi? mari ramai-ramai share video dia, insya-Allah bila kita share benda berguna, Allah pun bagi ganjaran tak putus-putus dekat kita en. Mari mari mari! ♡ ![]() Tumblr |