
|
Kenapa post status kutuk orang bertudung?
Wednesday, July 20, 2011 | 10:44 PM | 0 comments
Assalamualaikum wbt (tak jawab dosa, kalau jawab dapat pahala :p)So, I have always wanted to update this entry but never had the chance. So I squeezed in my time to actually post this. "Kenapa kutuk orang bertudung" So yeah itu satu persoalan di situ. Why baby why? I've seen people posted status on their facebook "Orang pakai tudung sekarang sebab style je" MasyaAllah. Kalau kau dah jahil sangat, jangan sampai membabi buta buat statement tak tentu pasal. Itu adalah urusan Allah dengan setiap hambanya. Who the hell are you to judge if someone is wearing tudung just for style and fashion? I wear tudung and I have my style. So whut? Tidakkah kau fikir bila orang baca status kau, boleh beri kesan yang cukup besar kepada mereka? Kalau nak tegur, tegur elok-elok. Tidak perlu buat status dan kutuk kami yang bertudung. Kau tahu niat dia ke? Kau tuhan ke? Kau nak marah sangat kenapa? kau jealous dia lawa pakai tudung, kau tak pakai kau tak lawa? Tiada siapa marah kau nak pakai tudung atau tidak, tapi di sini ingin ditegaskan, menutup aurat adalah WAJIB. Faham-faham sendiri sahajalah. Even if seseorang tu mula pakai tudung just sebab style dan fashion Malaysia zaman sekarang, so whut? Allah tahu apa yang terbaik buat hambanya. Eh kau ingat orang pakai tudung ni sesaje je ke? sampai ke mati pakai tudung tapi tak tahu apa-apa? Bila seseorang yang pada mulanya pakai tudung hanya untuk style, lama-kelamaan akan timbul rasa keinsafan dalam diri sendiri untuk cuba ubah niat pakai tudung kerana taat kepada Allah, niat ikhlas semata-mata kerana Allah swt. Tidak rasa malukan anda, anda mahupun anda mengutuk orang pakai tudung tak tentu pasal. Kenapa nak marah sangat orang pakai tudung ni? Kenapa nak marah sangat? Yesss, aku tahu, sebab kau rasa annoying gila tengok di facebook ramai bebeno en pakai tudung lilit sana sini sampai nak tercabut leher pun ada. Kau rasa annoying bila orang ikut trend dan style? Kenapa tak marah lelaki-lelaki handsome di luar sana yang cuba tiru style kpop? Kenapa tak marah mat-mat dan meminah rempit yang beralih arah daripada merempit dengan motor kepada fixie? kenapa tak marah mereka-mereka yang mula main lomo, konon nak style sebagainya sedangkan lomo dah lama ada? Kenapa tak marah mereka yang beli dslr camera sebab memember lain ada seorang setiap satu? Kenapa nak marah kepada kami yang cuba untuk berubah, selangkah mendekati tuhan kami, iaitu Allah swt. Kau tahu ke apa niat kitorang pakai tudung? Apa pun niatnya, itu adalah urusannya dengan Allah swt. I have a friend yang dulu memang seksi gila, post gambar dekat facebook memang nampak habis semua gunung, lurah, longkang, kolam air, takungan air dan sebagainya. Now Alhamdulillah dah bertudung. Even if dia bertudung untuk style ke apa (wallahualam) itu adalah urusannya dengan Allah, Allah sahaja yang tahu. Korang nak sibuk buat apa? Daripada tambah dosa mengutuk orang yang cuba untuk menjaga auratnya, baik cermin dulu diri. Oh korang tak pakai tudung, tak ikut trend lah? Aha memang bagus ah, trend fixie, trend dslr, trend ambil gambar dalam toilet pavillion semua korang ikut. Bagus, bagi tepukan. Tidak dapat disangkal, ada kekurangannya orang pakai tudung ni yang menyebabkan korang kutuk like "pakai je tudung, baju singkat" Daripada kutuk begitu, baik mendoakan semoga Allah buka pintu hatinya dan kita juga untuk betul-betul menutup aurat mengikut ajaran sebenar. Kan kita nak dapat pahala atas dunia ni untuk bekalan hari akhirat. Ni tidak, bukan je dapat dosa kutuk, dapat dosa sebab diri sendiri tak tutup aurat pulak tu. Aku tidak sempurna, aku tahu, tapi percayalah, bila nak pilih baju, dalam hati rasa sangat takut dengan azab Allah, selalu fikir, aku tutup aurat ni dah sempurna ke? Betul-betul mengikut arahan Allah ke? Macam mana kalau aku mati dalam keadaan yang tidak sempurna bila tutup aurat? Even aku masih tidak sempurna sekarang, tolong sama-sama mendoakan semoga terbuka pintu hatiku ini, moga aku dapat menerima hidayah Allah, menjadi kekasihNya, yang sentiasa dipeliharaNya daripada segala keburukan. Bukan mengutuk. Insya-Allah semoga mereka-mereka yang hanya pakai tudung sebab style tu akan berubah niatnya ikhlas semata kerana Allah swt. Sama-samalah kita muhasabah diri sendiri, tegur-menegur kalau ada yang silap supaya dapat diperbetulkan. Doakan semoga kita semua akan lebih berusaha untuk menjadi hamba yang taat. x ♡ ![]() Tumblr |